
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan teramat pedih
Assalamualaikum, sy wanita berusia 26tahun. Baru-baru ni sy mengalami sakit perut yg teramat sakit. Sakit hari pertama betul-betul dibahagian pusat. Hari pertama tu, sy brfikir mgkin tersalah makan kerana mak sy pun sakit perut juga. Tapi sy brbeza, dalam masa yg sama, sy period hari prtama. Mak sy sdah okay tp sy blum sehingga sy pegi ke klinik utk dpatkn rawatan. Tp dokter hanya sarankn ubat demam/tahan sakit, sakit perut dan cirit birit. Dan elakkn makanan yg pedas dan brminyak. Tapi hari ni hari ketiga, perut masih keadaan sakit, kdg² sakit dia mmng xtahan. Jika bergerak ke suatu tmpat atau lakukan aktiviti, sakit tu datang. Sakit dan pedih bahagian pusat tp kdang² bahagian atas ataupun bawah pusat. Apa yg perlu sy lakukan Dokter?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut di bahagian tengah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.