
Sulit
5 tahun
Sakit perut kanan dan kencing tak lawas tangan dan kaki lenguh serta sakit dan pening kepala
Saya lelaki berumur 20 tahun berasa tak selesa di perut sebelah kiri dan kadang kadang sakit. mengalami kencing tak lawas warna air kencing berwarna kuning cair mempunyai sakit kepala dan pening dan rasa lenguh lenguh tangan dan kaki membuat ujian tekanan darah mendapat bacaan rendah 110

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan di atas kami memahami bahawa anda mengalami kencing tidak lawas dan kami juga memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Antara punca kencing tidak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
- Ketumbuhan pada organ wanita
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih