
suhadah.udah
5 tahun
Sakit perut sebelah kanan selepas beberapa bulan beranak
Hii saya 22 thun dan sudah 2kali menjalani pembedahan… Beranak cara pembedahan. Saya merasakan sakit perut sebelah kanan slpas bersalin anak kedua. Bila sakit itu menyerang sakit sangat. Sehingga saya tidur menyiring sebelah kiri saja. Bila sakit itu datang dengan kerap. Saya akan sakit kepala, cepat marah dan tangan kaki sebelah kanan akan kesemutan… Boleh saya tahu penyebabnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- luka di kawasan pembedahan yang masih belum sembuh
- kecederaan pada saraf sekitar kawasan pembedahan
- jangkitan kuman atay bakteria
Masalah lain seperti,
- radang appendiks (appendicitis)
- masalah ovari terbelit (ovarian torsion)
- diverticulitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.