
eyuke88
5 tahun
Sakit sebelum period
saya wanita usia 31,selepas berkhwin period selalu lambat dari tarikh sepatutnya,tetapi tiada tanda tanda mengandung…selalu sakit bahagian bawa perut kiri dan kanan, sakit pinggang,serta sakit tumit kaki,apa sebabnya ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah haid lambat dan sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara
Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh kaum wanita semasa kedatangan haid. Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim anda untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim.
Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan yang berpunca daripada otot-otot rahim yang mengeras. Oleh itu, kaum wanita akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Secara umumnya, sakit perut semasa haid boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau ubat pencegah kehamilan.
Namun demikian, sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- fibroid
- adenomyosis
- jangkitan rahim
Penyakit-penyakit seperti endometriosis boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti ketidaksuburan jika tidak dirawat dengan awal. Oleh sebab kesakitan anda telah mengganggu aktiviti harian anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.