
adliafiq1306
5 tahun
Sakit tekak dan batuk kering
Hello Dr. Saya seorang lelaki berumur 23 Tahun. Saya mengalami sakit tekak (terasa panas dibahagian tekak) dan saya tidak kerap batuk. Saya juga rasa sukar untuk bernafas.
Pada 16/3/20 saya hadir ke poliklinik kerana badan saya rasa panas (demam) semalamnya. Saya hanya buat check up darah tinggi (tidur lewat dan makan junk food terlalu banyak berturut turut) dan tekak since saya batuk tak berhenti dan tiada kahak sama sekali. Dr tersebut mengatakan tekak saya bengkak dan memberikan ubat.
17/3/20 suhu badan saya berkurang since saya ambil ubat yg diberikan dr. Dan tambahan vitamin c 1000mg. Namun batuk saya juga sudah berkurang.
18/3/20 saya masih mengambil ubat yg sama dan vitamin c yang sama. Badan saya kurang panas.
19/3/20 - 22/3/20 saya hanya mengambil vitamin c 1000mg. Sepanjang hari-harini ini saya hanya terasa sakit tekak mesti jarang batuk dan tiada kahak.
23/3/20 tekak saya mula terasa sakit dan saya mula rasa sukar untuk tidur dan bernafas.
Adakah boleh saya melakukan screening covid-19 walaupun saya tiada contact dengan pesakit dan tiada perjalanan keluar negara?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- dehidrasi
- cuaca panas
- pneumonia
- radang tonsil
- radang pharynx
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini