Sulit

3 tahun

Sakit tekak dan hidung tersumbat

saya seorang ibu berumur 36 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 5 tahun dan 1 tahun 8 bulan. anak saya yang sulung mengalami selsema tanpa demam pada Khamis 14 Januari dan baru sahaja sembuh semalam. cuma tinggal batuk sahaja kadangkala dan kedengaran berkahak.

kemudian saya pula mengalami sakit tekak pada hari jumaat 15hb dan baru sahaja sembuh hari ini, tetapi saya telah mengalami hidung tersumbat sejak itu dan malam tadi hidung saya tiba2 berair setelah bersin beberapa kali.

manakala anak kedua saya pula telah mengalami selsema sejak semalam (Sabtu 16hb) sehingga pagi ini beserta bersin kadangkala dan nampak seperti telah kering sedikit serta beliau mulai batuk namun tidak kerap.

walaubagaimanapun, suami saya masih kekal sihat.

mungkin juga cuaca disekitar tempat kami kadangkala hujan setiap malam dan baru sahaja mulai berubah kepada cuaca panas. anak sulung saya ada juga mengadu bahawa aircond di sekolahnya sejuk.

untuk pengetahuan doktor kami sekeluarga tiada kontak rapat atau kontak sosial dengan pesakit covid19.

jadi apakah nasihat doktor diatas isu kesihatan kami? sekian terima kasih.

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami faham kebimbangan dan kerisauan anda terutamanya pada musim pandemik ini. Jika anda tidak mempunyai sebarang kontak rapat, anda perlu memantau gejala-gejala yang anda alami dan tidak perlu membuat ujian saringan. Tetapi sekiranya anda ragu-ragu dengan keadaan anda atau keadaan menjadi semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut dan buat ujian saringan.

Anda boleh melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti KKM sekiranya anda mempunyai kontak rapat kerana golongan yang mempunyai kontak rapat akan diberi keutamaan untuk saringan. Selain dari itu, anda juga boleh pergi ke hospital swasta yang menawarkan khidmat saringan COVID-19.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Secara umum, berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat didefinisikan sebagai:

  • Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
    • bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
    • atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
  • Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
  • Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

  • Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
  • Keletihan
  • Batuk
  • Lenguh dan sakit sendi
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesukaran bernafas
  • Cirit Birit
  • Sakit dada

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.

Anda boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]

Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.

Woman%20Doctor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)