
mira.aziz
5 tahun
Sakit tekak dan sakit kepala
Saya mengalami panas dalam pada khamis seminggu yg lepas dan seterusnya demam panas. Selepas pergi ke klinik, demam dah kurang tapi sakit tekak dan sakit kepala masih ada. Sakit tekak kadang-kadang on off, selesama pula hidung tidak berair… Adakah ini salah satu simptom covid19?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Memandangkan anda mempunyai gejala seperti sakit tekak dan selesema, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Simptom COVID 19 adalah seperti berikut:
- batuk
- demam
- selesema
- kesukaran bernafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini