
Sulit
4 tahun
Sakit telinga mencucuk dan merah lepas infeksi
Haii selamat sy nk tanya klu dlm telinga merah dekat dengan gegendang adakah mormal klu sakit mencucuk tp
Sakit hanya kadang kala paling ketara
menguap dan sendawa rasa mcm sakit gegendang ditolak keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan masalah yang anda alami adalah jangkitan telinga (atau disebut otitis media akut). Ianya adalah jangkitan pada telinga tengah, satu ruang yang dipenuhi udara di belakang gegendang telinga yang mengandungi tulang kecil telinga yang bergetar.
Antara gejala yang boleh berlaku dalam jangkitan telinga adalah
keluar cecair dari telinga
masalah pendengaran
Oleh itu, gejala sakit telinga mencucuk adalah biasa berlak dalam jangkitan telinga. Namun, saya tidak menolak kemungkinan lagi untuk masalah telinga anda.
Selain itu, menguap biasanya membuka tiub eustachian. Tiub ini berfungsi menyeimbangkan tekana udara di dalam dan di luar telinga. Apabila tiub ini terseumbat berkemungkinana disebabkan oleh jangkitan, gejala sakit akan timbul kerana tekanan di telinga berbeza daripada tekanan di luar gendang telinga anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai untuk masalah anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.