
trioslady
5 tahun
Sakit tengkuk sampai susah nak telan air liur
Saya wanita berusia 36 tahun. Mengalami sakit tengkuk selepas seminggu demam. Kepala saya jadi pening dan kadang-kadang kerana terlalu pening, saya akan muntah.saya sudah ke klinik. Klinik bagi ubat kurangkan pening dan paracetamol untuk kurangkan sakit serta tarikh untuk sesi fisioterapi juga telah diberikan. Tapi tarikh yang diberi agak lambat serta ubat yang diberi tidak memberi kesan kepada saya. Ada cara lain tak untuk saya kurangkan sakit leher serta pening kepala. Ianya mengganggu rutin harian saya. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mengurangkan aktiviti seharian untuk mengelakkan menggunakan otot sekitar tengkuk supaya tidak sakit. Selain itu, anda juga boleh tidur di atas bantal yang lebih lembut. Sekiranya ubat yang diambil tidak berkesan, anda boleh membincang dengan doktor anda, beliau akan memberi preskripsi ubat tahan sakit yang lebih kuat. Anda juga disarankan supaya tidak melakukan senaman sendiri untuk melegakan sakit tengkuk tanpa nasihat ahli fisioterapi, ia akan mencederakan tengkuk anda lebih lanjut lagi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.