
Anonymous
5 tahun
Sakit tuan pada zakar
Saya mengalami bengkak kecil dan gatal2 serta mempunyai nanah pada bahagian zakar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan, bengkak dan nanah yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, virus HPV
- Kista (cyst)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.