
Sulit
4 tahun
Sakit ulu hati dan rasa mcm sesak nafas
Assalamualaikum… sy nak tanya … kenapa urat belikat saya tiba-tiba sakit dan membuat saya seolah mcm sesak nafas… membuatkan saya tidak selesa.dan berasa mcm nak demam. boleh doc bagi penielasan… adakah berpunca daripada angin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami memberi penjelasan mengenai masalah yang anda alami.
Masalah ini boleh dikaitkan dengan masalah pada:
Kulit
Otot
Saraf
Tulang
Organ di bahagian tersebut seperti paru-paru atau jantung
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.