
Sulit
4 tahun
Sakit untuk melakukan seks
Saya sudah berkahwin selama 4 tahun .Tetapi saya masih lagi tidak dapat melakukan seks. Kerana apabila saya mencuba utk memasukkn zakar, kemaluan saya rasa pedih dan burning dan sperti ada dinding yng menghalang zakar utk dimasukkn. Saya cuba mncari pnyelesaian sdri dan saya dapati saya menghidapi vaginismus tetapi saya masih belum berjumpa doktor pakar. Saya cuba mahu cari penawar dgn cara sndri sperti beli alat dilator. Malangnya saya masih tkut utk mnggunakannya kerana apabila saya cuba kemaluan saya rasa pedih sedikit dan saya jadi kaku dan berhnti mncuba. Adakah boleh saya meletakkan ubat kebas di kawasan faraj? Dan adakah ianya brkesan? Kerana saya melihat kemaluan saya seprti tiada lubang. Tpi saya datang haid sperti biasa . Bolehkan anda mencdagkan pakar utk maslah sy? Sy tinggal di johor bahru. Harap maslah sy ini dpt diselesaikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Faraj yang kering
- Belum bersedia untuk melakukan penetrasi
- Kecederaan pada dinding faraj
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory disease )
- Vaginitis
- Cervicitis
- Masalah psikologi: Kemurungan, keresahan, stres
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini untuk mengurangkan gejala tersebut:
- Menggunakan pelincir
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai masalah yang anda hadapi
- Memanjangkan foreplay supaya anda lebih bersedia sebelum penetrasi
- Pastikan anda selesa semasa melakukan hubungan bersama suami
- Berjumpa dengan doktor sekiranya perkara ini berlarutan dan mengganggu hubungan anda dan suami
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.