Sulit
4 tahun
Samaada pregnant atau tidak
Saya dh kuor sporting yg sikit bwrna coklat n bln lps sy period dua hari saje…adakah sy pregnant?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami tidak dapat memberi keputusan sama ada anda hamil atau tidak hanya dengan penerangan. Ujian lanjut harus dilakukan sebelum membuat kesimpulan. Oleh itu, saya cadangkan untuk anda membuta ujian kehamilan melalui air kecing (UPT) atau bejumpa dengan doktor bagi permeriksaan lanjut.
Selian hamil, masalah anda juga mungkin disebabkan oleh:
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.