
Sulit
3 tahun
Saringan RT-PCR dengan N gene = 0
Saya baru menjalani saringan RT-PCR kerana menjadi kontak rapat. Keputusannya adalah positif, dengan nilai CT : E(36.62), Rdrp (35.15), N (0).
Soalan :
- Apa maksudnya nilai N gene = 0
- Nilai gene manakah yang dijadikan petunjuk keputusan positif.
- Bagaimana untuk bezakan CT bagi jangkitan lama (residual) dan baru
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
N gene adalah gene Kawalan Positif SARS-CoV-2. Ujian SARS-CoV-2 (pengesan gen N) telah direka untuk mengurangkan kemungkinan ujian positif palsu keputusan. CT (cycle threshold) atau nilai kitaran ambang pada ujian RT PCR COVID 19 merupakan salah satu kaedah bagi menilai jumlah virus dalam tubuh seseorang individu.
Untuk makluman anda, nilai CT yang tinggi menunjukkan bahawa:
- Kadar kebolehjangkitan berada di tahap yang rendah
- Jangkitan COVID-19 berada di tahap akhir
- Atau hasil bacaan yang memerlukan penilaian semula
Akan tetapi, nilai tersebut hanyalah anggaran berkenaan status seseorang individu serta amat sukar untuk menilai tempoh jangkitan seseorang berdasarkan nilai CT semata-mata.
Justeru, anda dinasihatkan untuk melakukan kuarantin kendiri dan memantau gejala anak anda dari masa ke semasa serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Anda juga boleh menghubungi Talian CPRC di:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini