Sulit
3 tahun
Saya ada benjolan dekat sebelah anus dia kadang2 berdarah dah benjolan itu susah lama tak hilang2 apakah masaalahnya Dan apa punca?
Saya ada benjolan kecil dekat sebelah anus bahagian kanan dia kadang2 berdarah dah benjolan itu sudah lama tak hilang2 apakah masaalahnya Dan apa punca ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah benjolan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah benjolan ini kepada doktor dengan kadar segera kerana pendarahan berterusan dengan banyak dari benjolan boleh menyebabkan kekurangan darah merah dan seterusnya menyebabkan keletihan dan pitam. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.