Sulit
4 tahun
Saya berumur 18 tahun dan tidak period lagi sudah selama sebulan
Saya berumur 18 tahun dan tidak period selama sebulan saya sealunya datang 9 haribulan sejak 3 bulan lepas saya datang dalam 20 lebih haribulan dan bulan lepas saya masih tidak datang lagi masuklah bulan april saya tunggu belum masuk 2 bulan. Tetapi keputihan kerap datang dan rasa sakit diperut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.