Sulit
3 tahun
Saya berusia 23 tahun dan masih bujang. Kitaran haid saya biasanya 2-3 bulan sekali baru datang. tapi sejak akhir2 ni, darah haid saya akan keluar semasa buang air sahaja & dalam kuantiti yg sikit. Kenapa ya doktor?
Saya berusia 23 tahun dan masih bujang.
Kitaran haid saya biasanya 2-3 bulan sekali baru datang.
tapi sejak akhir2 ni,
darah haid saya akan keluar semasa buang air sahaja & dalam kuantiti yg sikit.
Kenapa ya doktor?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, haid tidak datang sewaktu membuang air. Maka, jika ia wujud setiap kali anda membuang air, ia dikenali sebagai gejala air kencing berdarah. Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria” manakala air kencing berdarah yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah macroscopic hematuria. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.