
Sulit
4 tahun
Saya berusia 43 tahun sudah berkahwin tp belum ada zuriat & pernah menjalani prosedur utk kehamilan di LPPKN, 5 tahun lepas.Sy tidak mengalami masalah apa2 berkaitan rahim & hormon hasil pemeriksaan di LPPKN
Sy juga tidak pernah mengalami masalah period sebelum ini sehinggalah bermula 2 bulan lepas.Biasanya sy period 7 @ 8 ari sahaja. Bulan pertama sy datang period darah keluar sikit daripada biasa & tempoh masa terlebih drpd biasa. Bulan kedua period sy 15 hari tp darah yg betul2 keluar hanya 2 -3 hari sahaja itu pun tak banyak. Hari2 lain hanya keluar warna coklat & amat sikit. Sehari keluar 1 @ 2 kali shj. Bulan ini period saya sudah lebih 20 hari. Darah mmg x byk keluar cuma warna coklat seperti tanda2 nk period shj & kebanyakkan hari sedikit darah keluar bersama lendir. Semasa sy membuang air kecil akan keluar lendir bercampur sedikit darah (bukan ketulan darah). Dalam tempoh ini saya tidak merasai kesakitan di mana2. Adakah saya mempunyai masalah kesihatan yg memerlukan sy berjumpa doktor? Perkara ini sedikit sebanyak menganggu saya. Terima kasih atas nasihat Doktor.

4 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Namun, ia juga menandakan sesuatu penyakit yang mungkin dialami sekiranya perkara tersebut berlarutan atau disampingi dengan simptom-simptom lain seperti sakit payudara, masalah kesuburan, sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta penurunan berat badan yang mendadak.
Terdapat beberapa penjelasan atau faktor dan penyakit yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!