Sulit
3 tahun
Saya ingin bertanya mengenai hiv
Hai dokter saya ingin bertanya saya ada pergiberurut dan si wanita menawarkan lebih dari urut so dia hanya melancap penis saya. Saya nak tanya ada kah ini ada risiko terkena HIV kerena saya tidak berhubungan sex dengan wanita tersebut tapi dia hanya memegang penis saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut. Kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh.
Dapatkan ujian yang lebih mudah dan selesa!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah