
Sulit
3 tahun
Saya mengalami gastrik yang teruk sejak sebulan yang lalu sehingga hari ini masih tidak jumpa jalan penyelesaian
Sy wanita 29tahun mengalami muntah, angin, mual, pening dan hilang selera makan sejak tiga minggu, berat badan saya juga menurun, pada masa sama saya telah mendapatkan rawatan di klinik swasta, doctor memberi tahu saya mengalami asid gastrik dan asid berlebihan dalam perut menyebabkan ulser. Saya telah mendapat ubat ulser,angin, kapur, sakit perut dan tahan sakit. setelah dua minggu saya mengamalkan ubat yang diberi, saya masih mengalami gejala yang sama dan tiada perubahan sehingga hari ini. Saya ingin mendapat penjalasan dan nasihat doctor on call bagai mana cara harus saya merawat dan mencegah gejala gastrik yang saya alami sekarang dan haruskah saya mencuba ubatan tradisional atau supplement lain? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa tidak selesa pada perut beserta mual dan pening. Untuk makluman anda, secara amnya, terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
- Stres/ tekanan emosi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.