
Sulit
3 tahun
Saya mengalami rasa gatal hampir di seluruh badan tetapi tidak secara berterusan
Sebelum ini, saya rasa gatal & timbul bulat-bulat kecil/besar di bahagian pelipat kaki(belakang lutut). Kemudian saya berjumpa dengan doktor, dan mendapat ubat sapu. Apabila saya menggunakannya, kegatalan itu bertambah teruk. Selepas beberapa bulan, ia pulih dengan sendiri. Minggu lepas saya rasa gatal semula di bahagian kedua-dua belah pinggang. Seperti biasa, ia pulih dengan sendiri selama beberapa hari. Semalam pula saya mengalami kegatalan di bahagian tengkuk dan belakang badan dan hari ini bertambah teruk, Saya terpaksa mandi pada pukul 12 malam kerana badan saya terasa panas, berpeluh dan gatal. Apa yang perlu saya lakukan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Alahan pada kulit
- Kebersihan yang kurang memuaskan
- Jangkitan kuman, virus atau kulat
- Penyakit pada kulit
- Sesetengah pengubatan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kulit.