Sulit
3 tahun
Saya NK tau blh saya mengandungkh kalau buat IVF
Saya DH umur 37thn. Saya DH buat BTL Di usia 25thn… blh saya buat IVF utk dpt Kan anak.tq
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami mengambil maklum tentang keadaan tuan & puan sekeluarga.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Persenyawaan In Vitro (IVF) atau In Vitro Fertilization sinonim dengan istilah bayi tabung uji yang menggunakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan telur isteri (ovum atau oosit) oleh sperma suami di luar badan sang isteri (yang secara semulajadinya berlaku di dalam rahim wanita). Kaedah ini sering direkomendasikan kepada pasangan suami isteri setelah teknik bantuan reproduktif tidak berhasil.
Namun secara umumnya kadar keberhasilan menurut KKM adalah sekitar 35% hingga 45% bagi wanita berumur 35 tahun kebawah. Kadar keberhasilan itu akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia wanita tersebut.
Selain itu terdapat juga risiko-risiko dan kontraindikasi yang lain, yang perlu anda bincangkan dengan doktor anda secara langsung bagi menilai kesesuaian kaedah ini dan seterusnya bagi mempermudahkan keputusan yang lazimnya dibuat bersama si suami.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.