Sulit
3 tahun
Saya rasakan hidung berkahak..adakah Resdung
Saya seorang ibu menyusu badan.bolehkan saya makan ubat resdung glencet tablet levocetirizine
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secar amnya, levocetrizine adalah sejenis ubat antihistamine yang boleh digunakan untuk merawat resdung. Tetapi disebabkan kekurangan maklumat tentang punca masalah anda, sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan sama ada ubat tersebut akan berkesan untuk merawat keadaan anda.
Terdapat beberapa maklumat dan pemeriksaan secara fizikal perlu dilakukan sebelum memberikan diagnosis. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan dahulu sebelum mengambil apa-apa ubat dahulu.
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Resdung
- Alahan Rhinitis
- Jangkitan Virus/Kuman
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.