Sulit
3 tahun
Saya selalu rasa berdenyut2
Rasa macam otot berdenyut2 bergerak.x menentu.rasa bahu,peha,punggul.perut.apa masalah Saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis
- kecederaan kepada saraf
- penyakit saraf sistemik
- strok
- Guillain Barre syndrome (lazim selepas demam kerana jangkitan kuman)
- sakit otot kerana penggunaan anggota badan yang banyak
- tekanan terhadap saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih