Sulit
2 tahun
Saya seorang perokok
baru sahaja mencuba ujian tahan nafas melalui web ini. Dikatakan perokok kronik tidak boleh menahan nafas lebih dari 25 saat. Saya berjaya menahan selama 31 saat.
Adakah normal mengalami gangguan pernafasan (nafas pendek) ketika baring ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sesak nafas, seperti:
- Masalah jantung
- Masalah struktur paru-paru
- Chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Asma
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Sukar untuk kami katakan sama ada nafas pendek yang dialami oleh anda merupakan masalah kesihatan ataupun sebaliknya berdasarkan soalan sahaja. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui puncanya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.