Sulit
2 tahun
Sayaa Mengalami Sakit Tekak dan tak selesa
Sayaa pemuda yang berumur 23 tahun . Sayaa mengalami gastrik sebelum ni . Buat Masa skrng sayaa mengalami sendawa yang banyak , sakit tekak dan tak selesa adakah puncanya daripada angin gastrik ? Mohon penjelasan
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Sakit tekak dan mulut memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- komplikasi dari penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, hiatal hernia, dll)
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.