Sulit
3 tahun
Sedut tahi telinga mempengaruhi urat mata
Sy wanita berusia 30an… Pd 10/12/2020,sy membuat rawatan sedut tahi telinga di klinik swasta. Pd 13/1/2021,mata sy mengalami masalah seperti mata kering (mata terasa kesat). Bila letak eyemore, mata rasa ok dan tidak terasa kesat bila buka mata. Bagaimanapun, kebelakangan ini, mata saya terasa sakit di bahagian atas (mungkin urat). Adakah urat mata sakit ini berkaitan dengan rawatan sedut tahi telinga yang sy buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti pening kepala, rasa tidak selesa atau sakit pada liang telinga, serta telinga berdesing setelah menjalani prosedur sedut tahi telinga. Kesan ini biasanya hanya sementara dan akan membaik dalam beberapa hari. Mengenai kaitannya dengan sakit pada mata, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat.
Berkenaan dengan sakit mata, gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- keradangan pada mata- conjuntivitis
- peningkatan tekanan dalam bola mata-boleh menyebabkan galukoma
- penggunaan kata sentuh
- trauma pada bola mata
- masalah saraf
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masaah ini berlarutan dan bertambah teruk, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.