Sulit
2 tahun
Seks sebelum vaksin booster
Saya hendak tahu bahawa bolehkah melakukan seks beberapa jam sebelum mengambil suntikan ke-3 (booster)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hingga ke saat ini, belum ada kajian yang menyatakan bahawa tidak boleh melakukan hubungan seks beberapa jam sebelum mengambil suntikan vaksin covid 19. Vaksin covid 19 adalah selamat untuk diambil dan anda boleh melakukan hubungan seks beberapa jam sebelum mengambil vaksin booster.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini