Anonymous
3 tahun
Seks selepas bersalin
Hi saya baru bersalin bulan 2 lepas, dan saya telah mengadakan hubungan seks dengan suami pada malam hari ke 80, esk nya ada cairan spotting yg sedikit saja, warnanya tidak pekat, cair saja. Soalannya adakah ia darah dari luka jahitan saya? Tapi saya tak rasa sakit. Terima kasih doc.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan puan, terdapat beberapa kemungkianan punca spotting selepas seks, antaranya:
- Faraj kering “vaginal dryness”
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- Memandangkan puan telah 2 bulan bersalin, terdapat kemungkinan luka puan masih belum sembuh sepenuhnya dan menyebabkan luka kecil.
Sila rujuk kepada doktor jika pendarahan semakin banyak atau terdapat gejala lain seperti keluar nanah atau faraj berbau. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!