
Anonymous
2 tahun
Selalu pening kepala
Saya seorang pelajar , saya selalu mengalami pening tapi xmuntah . Adakah kerana terlalu banyak tengok gajet? Apa yang saya boleh buat? Saya juga sentiasa mengalami tekanan darah rendah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, gejala pening kepala yang anda hadapi boleh disebabkan pelbagai perkara salah satu kemungkinannya adalah tekanan darah rendah anda. Selain itu, penggunaan gajet yang terlalu kerap juga boleh mencetuskan gejala ini. Antara punca lain adalah:
- Stress
- Masalah pengelihatan
- Kurang gula dalam darah
- Pengambilan makanan tertentu
- Kurang tidur atau rehat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.