
Sulit
5 tahun
Selepas kencing rasa sakit
Saya lelaki berumur 23 tahun… setiap pagi selepas kencing dibahagian kemaluan rasa sakit sangat. Dan selang berapa minit kemudian , rasa ok… dan keesokan harinya, sama jugak selepas kencing rasa sakit… apakah sebabnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit selepas membuang air kencing boleh disebabkan:
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kecederaan pada saluran kencing
- Alahan pada bahan pencuci
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.