Sulit

4 tahun

Self-quaratine covid-19 kerana close contact dengan rakan

Hi, doktor. Saya ingin bertanya, kakak saya sekarang sedang menjalani self-quarantine bermula dari 7/1/21 (Khamis) dan sehingga hari ini sudah hari kelima kerana close contact dengan rakannya yang positif covid-19. Pada tarikh tersebut juga beliau pergi mengambil swab test dan mendapat keputusan pada keesokan harinya (Jumaat) iaitu negatif. Beliau juga tidak mengalami sebarang simtom sehingga ke hari ini. Selepas mendapat keputusan tersebut beliau membuat panggilan kepada PKD bertanyakan jika beliau boleh masuk ke pejabat dan PKD memberitahu beliau boleh masuk ke pejabat bermula 13/1/21 (Rabu) tanpa perlu membuat swab kali kedua kerana tiada simtom.

Jadi, saya soalan saya adakah beliau sememangnya tidak perlu melakukan swab kali kedua dan tidak perlu menghabiskan self-quarantine sehingga cukup 10 hari?

Terima kasih, doktor.

Dr Ramzdhan,

4 tahun

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.

Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Kuarantin selama 14 hari amat penting walaupun ujian pengesanan COVID-19 kali pertama negatif. Ini disebabkan oleh tempoh pengeraman virus COVID-19 antara 4 atau 5 hari sehingga 14 hari. Sebanyak 75 peratus kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dikesan positif pada hari pertama dan 25 peratus dikesan positif pada hari ke-13. Oleh yang demikian, adalah wajib setiap individu yang diarahkan kuarantin melakukannya selama 14 hari bagi memutuskan rantaian wabak COVID19 di Malaysia. Arahan pelepasan pengawasan dan pemerhatian pada hari ke-14 akan diberikan sekiranya ujian ulangan kali kedua iaitu pada hari ke-13 adalah negatif.

Bagi kontak rapat tetapi tidak bergejala dan negatif, mereka ada dikategorikan sebagai individu dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian. Semua individu dalam Perintah Pengawasan dan Pemerhatian/Person Under Surveillance (PUS) perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sama ada di rumah atau di stesen kuarantin.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_110265502

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)