rabiatul0301
4 tahun
Selsema 10 hari dan batuk dan sakit dada pada hari ke10
saya berumur 20 tahun dan mengalami selsema sudah 10 hari. pada hari ini (hari ke 10) , selsema masih belum berkurangan dan batuk serta sakit dada. tiada sesak nafas dan keletihan atau simptom lain lain. adakah saya perlu buat pemeriksaan, doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selesema dan batuk sehingga menyebabkan sakit dada boleh disebabkan:
- Jangkitan selesema (virus berlainan setiap kali jangkitan)
- Resdung (alahan pada habuk, bulu binatang dan lain-lain)
- Jangkitan saluran udara kronik/berpanjangan
- Penyakit saluran udara sempit (COPD)
- Bronkiektasis (saluran udara kembang dan berkahak)
- Fibrosis sistik
- Jangkitan paru-paru seperti tibi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.