
Sulit
4 tahun
Sembelit dan kesukaran membuang air besar
Slmt petang doktor. Saya dah mengalami sembelit dalam 6 ke 7 tahun. Sblm ni Saya buang air besar seminggu sekali. Sejak Saya Ada fibroid tahun lepas, Saya bole buang air besar 2 ke 3 kali seminggu. Tapi,untuk Saya buang air besar, Saya memerlukan ubat lembut najis atau Saya kena masukkn jari utk beri jalan bagi najis keluar. Dalam sebulan ni, Saya perasan ada biji dalam lubang dubur Saya. Bole Saya tau adakah tanya buasir atau benda lain? Terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Radang folikel (Folliculitis)
- Pilonidal sinus
- Abses pada rektum
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.