sitirohaiza64
4 tahun
Sembelit kanak2 8thun
Hi doktor,saya tahu…tidak normal jika ank sya yg berumur 8thun tidak berak selama 6 hari tak berak2.saya sgt risau…beli ubat pelembut najis sudah,pegi clinik sudah…doc kata usus ok.tapi masih tak berak2…sya sgt risau…6hari lepas die ckp lubang dubur sakit…semnjak tu trs die tahan dari berak samp skg😢…ape perlu sya buat doc
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sembelit dalam kanak-kanak boleh disebabkan kurang makan sayur-sayuran, psikologi (takut atau tidak selesa), kurang minum air dan kurang kalsium dan potassium. Untuk mengatasi masalah ini, pastikan anak anda selesa di tandas, minum air mencukupi, makan ubat yang diberikan doktor serta makan sayuran hijau. Sekiranya keadaan ini berlarutan, anda boleh membawa anak anda semula keklinik bagi langkah-langkah seterusnya. Sekian.