
Sulit
3 tahun
Sering pening kepala
hi doktor, saya nak tanya. sebelum ni saya pernah accident and terdapat darah beku di kepala. namun, menurut doktor di hospital bahawa darah beku saya telah tiada selepas saya memakan ubat dari perubatan islam. sejak daripada accident dan menghidap darah beku di kepala, saya sering sakit kepala yang amat sangat dan mempunyai tekanan darah rendah. saya tidak boleh terus bangun daripada baring/duduk dan saya mudah pengsan. jantung saya juga selalu berdebar-debar. malah pernafasan saya jugak bermasalah. akan ada masa saya sukar bernafas seolah-olah nafas saya tersekat dan membuatkan saya terpaksa bernafas daripada mulut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang masalah sakit kepala dan sukar bernafas yang kerap anda alami ketika ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Dehidrasi
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
Akan tetapi, masalah ini juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut termasuk penerangan mengenai pemeriksaan kesihatan yang anda tanyakan.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih