
akey227995
5 tahun
Sering sakit kepala dan rambut sering gugur dan mudah lupa
Assalamualaikum … saya perempuan berumur 17 tahun … baru baru ini saya sering mengalami sakit kepal di bahagian belakang kepala … rambut saya juga sering gugur dan saya menjadi sukar untuk mengingati sesuatu perkara … apa sebenarnya yg terjadi kepada saya ???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan
- Tidak cukup tidur
- Sakit kepala tegang - kerana stres
- Migrain
- Perubahan hormon - seperti sindrom pra-menstruasi
- Jangkitan kuman diselaput otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.