
mohdaliffbaharim
5 tahun
Sesak nafas berpanjangan
Assalamualaikum…salam sejahtera…saya aliff dari melaka…saya ingin bertanyakan beberapa soalan…saya sering kali…@kerap mengalami masalah sesak nafas…nafas x puas…kembong perut setiap hari…bila petang ke malam…sering kembong…walaupon kentut berpuluh kali…saya seorang pesakit gastrik…gerd…hertal hernia stage 2…ujian ECG seringkali saya buat …ubat yg saya makan…mmt…pantoprazole…ganaton…tapi…tiada perubahan…membantu sekejap je…lepastu…kembong…sesak nafas semula…saya sering panik…anxiety…bila pernafasan saya terganggu…saya juga ada sinus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.