
Sulit
4 tahun
Sesak nafas dan rasa kebas kebas satu badan dan di mulut
kawan saya dah 2 hari ada alami sesak nafas secara tiba tiba, dia alami sesak nafas dan satu badannya kebas kebas termasuk di mulut, boleh saya tahu ini simptom apa ya ? kawan saya mempunyai sejarah asma, tapi dia kata rasa dia lain dengan asma

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh kawan anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kawan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
- Masalah jantung
- Radang tonsil atau/dan tekak
- Serangan strok
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sesak nafas boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah kesihatan yang kawan anda sedang alami. Kami sarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.