Sulit
2 tahun
Sesak nafas,hilang deria bau,dan lesu
saya lelaki umur 29 tahun,bekerja sebagai mekanik …semenjak seminggu yang lepas saya menggalami demam ringan,batuk,selsema,sesak nafas,cirit birit,dan semenjak petang tdi,saya hilang deria bau,sebab masa bekerja saya kerap terhidu bahan kimia untuk mencuci enjin,lagipun keadaan sekarang nii,memang cuaca agak panas waktu siang,dan sejuk pada malam …adakah punca dari terhidu bahan kimia,punca saya kehilangan deria bau,dan saya memang ada penyakit asma …boleh saya tahu jalan cara untuk merawat penyakit saya nii …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda memiiki simptom-simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 iaitu:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
- Hilang deria bau dan rasa
Anda disarankan untuk menjalani ujian COVID-19 secepat mungkin.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini