Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sesak nafas pada waktu malam , kejang ii otot , sakit kepala atau pening pada waktu malam , susah untuk tidur dan mood selalu swing

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 5, 2020 1:58 AM
Sulit 2 bulan

saya seorang remaja berumur 16 tahun yang mood nya tidak terkawal, say boleh marah dan tiba ii happy , kadang ii bila saya happy gelak ii saya jadi sedih secara tiba ii. apabila waktu malam bila saya nak tidur saya rasa sesak nafas , sakit kepala dan kejang dihujung kaki. mak saya sarankan untuk ke hospital tapi saya mengambil ujian dass terlebih dahulu dan semuanya skor yg saya dapat sngt teruk , adakah saya perlu berjumpa doktor di hospital untuk memastikan atau doktor tahu saya menghidap penyakit apa ?

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah depressi mempunyai pelbagai simptom seperti:

• Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
• Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan
• Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
• Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
• Perasaan bersalah
• Rasa diri tidak berguna
• Gangguan tidur (bangun terlalu awal atau berlebihan tidur)
• Hilang selera makan dan penurunan berat badan
• Mempunyai pemikiran untuk mengambil nyawa sendiri atau pernah mencuba untuk mengambil nyawa sendiri
• Rasa tidak tenteram dan mudah marah
• Kurang daya tumpuan dan ingatan
• Sukar membuat keputusan
• Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman
• Kurang nafsu seksual
• Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
• Mudah cemas atau fobia

Gejala yang digambarkan anda juga boleh disebabkan oleh:

  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Dehidrasi
  • Masalah hormon tiroid
  • Kencing manis

Sebaiknya anda ke klinik pakar psikiatri untuk mendapat diagnosis yang tepat supaya rawatan yang sesuai boleh diberi untuk membantu anda .

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

AdobeStock_119497841

Dikemaskini pada: Tue May 05 2020 01:58:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi