Sulit

3 tahun

Sesak nafas rasa lemah badan hidung tersumbat resah gelisah sukar untuk bernafas

Saya lelaki 20an saya mengalami sesak nafas sukar bernafas hidung tersumbat kerap kerap ini terjadi sudah seminggu masa mula kena sesak nafas saya rasa seperti penat sampai tertido lepas selepas bangun saya rasa ok sikit.Sya pernah pi check dekat klinik dokter cakap ni nakotin dalam badan sebab behenti mendadak lepas tu dokter bgi ubat angin selepas tu kerap saya rasa dada suam ii pada paru ii rasa tak selesa lepas tu nafas jadi pendek pendek badan tak bermaya. Apakah penyakit saya.ini sintem ii atau kesan behenti merokok.bole dokter bantu saya dan bagi cadangan apa yg patot sye?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Pertama sekali, tahniah atas keputusan anda untuk berhenti merokok!

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas dan hidung tersumbat. Untuk makluman anda, selepas anda berhenti merokok paru-paru anda mengambil beberapa masa untuk pulih daripada zat kimia berbahaya yang terdapat dalam rokok. Hal ini akan mengambil sedikit masa sebelum gejala seperti sesak nafas dan batuk untuk berkurang hari demi hari. Gejala ini dinamakan gejala sindrom sarak akibat terputusnya zat nikotin dalam badan. Antara gejala sindrom sarak (nicotine withdrawal symptom) adalah:

  • Berpeluh
  • Loya
  • Batuk, sesak nafas
  • Sakit tekak
  • Susah tidur (insomnia)
  • Sukar untuk tumpu perhatian
  • Kegelisahan
  • Mudah marah
  • Kemurungan
  • Kenaikan berat badan
  • Kekejangan perut
  • Sembelit
  • Sakit kepala dan pening
  • Keinginan untuk menghisap rokok yang tinggi

Berdasarkan keterangan anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sesak nafas yang anda alami semakin memberat sehingga menyebabkan anda sukar untuk bernafas. Pemeriksaan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti punca masalah yang anda hadapi dan sekiranya ianya disebabkan akibat berhenti merokok, rawatan seperti nicotine replacement therapy mungkin dapat diberikan oleh doktor kepada anda mengikut keadaan kesihatan anda. Gejala sindrom ini akan mereda setelah beberapa tempoh anda menjalani rawatan yang disarankan oleh doktor setelah berhenti merokok. Oleh itu, anda harus tetap bersemangat dan dapatkan sokongan daripada keluarga, doktor mahupun pakar bagi membantu anda mengatasi masalah ini.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.

AdobeStock_130255101

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)