Anonymous
6 tahun
Sifilis atau sekadar sakit kelamin
Macam mana saya nak tahu saya dijangkiti sifilis ?? Adakah saya perlu pergi ke klinik sakit puan untuk jalani ujian ?? Atau apa yg saya alami cuma jangkitan kelamin ? Sebab saya mengalami keputihan yang agak teruk dan ketika bersama suami saya sering sakit pada bahagian intim tapi saya tidak mempunyai luka. Saya pernah mengalami gatal2 dan ruam tapi telah sembuh dan pernah mendapat rawatan di klinik sakit puan dan doktor hanya katakan itu cuma jangkitan kuman kerana keputihan saya. Tapi saya rasa saya mengalami simpton seperti demam, sakit kepala, bengkak pada kelenjar, sakit tekak itu semua saya alami. Adakah penyakit sifilis ni akan mengganggu kitaran haid saya ?? Sebab saya mengalami haid tapi hanya sehari yang keluar darah dan selebihnya berwarna coklat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kulit seperti ulser
- Vulvodynia yaitu sakit kronik sekitar faraj yang tidak diketahui penyebabnya
- Perubahan hormon
- Vaginitis ialah keradangan akibat jangkitan
- Vaginismus yaitu refleks wanita
- Kelahiran menyebabkan luka
Tambahan pula, untuk mengetahui dengan pasti apakah puan terkena sifilis ataupun tidak, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor dan dilakukan pemeriksaan darah agar dapat dideteksi kewujudan kuman itu dalam darah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





















