Sulit
4 tahun
Simpton2 yang tidak jelas
Hi doc. Saya ada baca simpton2 hiv kt google. Saya tengok simpton tu mcm ada pada saya. Sbb 3 years ago, saya pernah buat benda terlarang dgn bf saya. Saya takot dan malu nk ke klinik untuk buat ujian hiv.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, sebelum membuat kesimpulan saya ingin tanya adakah anda memakai perlindungan semasa menjalankan hubungan kelamin 3 tahun yang lalu? Pernahkah anda menggunakan dadah dan berkongsi jarum dengan orang lain? Jangkitan HIV sering menyebabkan tanda-tanda yang tidak spesifik seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, ruam, sakit sendi, bengkak kelenjar limfa, sakit sendi dan mudah letih.
Anda mungkin berisiko tinggi dijangkiti HIV jika anda mengamalkan perbuatan berisiko tinggi seperti hubungan seks bebas, hubungan kelamin tanpa perlindungan dan menggunakan dadah.
Namun, cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda mendapat jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah. Saya nasihatkan anda untuk tidak segan atau malu untuk membuat rundingan dengand doktor kerana segala maklumat dan privasi anda akan dijaga. Anda juga perlu mengetahui yang semakin cepat diagnosis buat semakin tinggi peluang rawatan yang lebih berkesan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.