Sulit
3 tahun
Spondylolosthesis (After Fusion at L5S1) VS Normal birth
Saya sekarang tengah mengandung 5 bulan. Sebelum ini saya sudah menjalani Posterior Lumbar Interfusion di L5S1. Boleh ke saya melahirkan anak secara normal? Apakah risiko dan nasihat doktor? Saya sekarang mengalami balik segala simptom awal sebelum pembedahan PLIF seperti kebas kaki kanan, sciatica and more. Mungkin disebabkan oleh saya mengandung. Adakah kelahiran secara normal ade kesan sampingan atau saya disarankan untuk C section? Tq in advance doc.
3 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Saya ambil maklum bahawa anda telah menjalani fusion untuk masalah spondylolisthesis dan kini mengalami simptom itu kembali. Berkenaan dengan kelahiran anak anda secara normal, hal ini bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami. Oleh itu, perbincangan bersama pakar tulang dan pakar obstetrik perlu untuk dilakukan terlebih dahulu sebelum mencapai apa-apa kata putus.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.