Sulit
3 tahun
Spotting and Bleeding but Negative
Assalamualaikum doc
Boleh x sy tanye soalan…
Sy baru sebulan berkahwin…
Haid sy kalau ikot kan last haritu 10/3,
Saya nikah 13/3…
then dalam 2 minggu lepas sy mula x sedap perut, kencing kotor, mual2 badan rase x sedap… tp bila sy cek negative…
Minggu lepas pulak sy masih rase bnde yg same plus sembelit…
then 2hari lepas, kua sporting coklat… dalam 2 hari,… hari ke 3 pulak keluar darah mcm darah period… hari ke 4 dah clear xde dah…
Sy nak tnye doc… sy ade masalah apa2 ke doc kalo mcm tu? Sy fikirkan sy mengandung, tp keluar darah, tp pulak sehari je darah nye… so sy tertanye…
mohon doc boleh bg sy penjelasan mengikut pengalaman doc…
Terime kasih doc…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.