Sulit
3 tahun
Sukar tidur , senang bangun
Saya wanita berumur 23 , mengalami kesukaran untuk tidur . Apakah puncanya ya? adakah sebab saya tidak cukup tidur? Ketika tidur saya selalu bangun secara mengejut . Bunyi sikit , saya bangun mengejut . Kemudian saya selalu sesak nafas. Sukar bernafas .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala masalah sukar tidur yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Pengambilan kafein lewat hari - selepas pukul 4 petang
- Terlalu banyak stres
- Makan berat 3 jam sebelum tidur - menyebabkan gula tinggi
- Badan tidak selesa - seperti tidak mandi sebelum tidur atau katil tidak selesa
- Berat badan berat atau terlebih kurang
Manakala masalah ketika tidur yang anda alami pula, boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Apnea tidur - faktor risiko seperti obesiti, makan banyak sebelum tidur
- Penyakit asma
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.