Sulit
4 tahun
Sukar untuk bernafas dan mengalami batuk serta kahak yang agak pekat
saya wanita berumur 27 tahun minggu ni saya menghadapi kesukaran untuk bernafas dan apabila batuk saya rasa macam ada kahak dan kahak saya agak pekat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hi!
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan simptom kesukaran bernafas dan batuk berkahak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Radang tekak
- Radang tonsil
- Anemia
- Alahan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.