
Sulit
4 tahun
Sukat menelan Dan bernafas
Hai doc, sy wanita berumur 27 tahun, sy merasakan ada seperti ada sesuatu didalam tekak dan kadang2 terasa seperti sukar untuk menelan dan bernafas. Kadang2 jantung terasa berdegup laju. Dan sy kerap rasa letih dan lesu. Tekak jugak terasa kering dan perit. Sy juga ada masalah berdengkur .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sukar bernafas dan menelan, sakit tekak serta masalah berdengkur.
Untuk makluman pihak anda, masalah sukar nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Manakala bagi masalah berdengkur pula boleh disebabkan oleh banyak punca. Antaranya:
- berat badan berlebihan
- tonsil yang membengkak
- obstructive sleep apnea
Rawatan adalah bergantung kepada punca masalah anda.
Jika berat badan berlebihan, anda disarankan untuk mengurangkan berat badan. Anda juga disarankan tidur secara menelentang agar membuka ruang udara pada saluran mulut untuk masuk dengan luas agar bunyi tidak terhasil sewaktu tidur.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sukar bernafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.