Sulit
2 tahun
Sulit tidur dan berat bernafas
saya wanita berumur 18 tahun. setiap malam saya susah nak tidur .kadang-kadang tak boleh tidur sampai subuh ,tapi selepas subuh boleh tidur.sebelum lena saya selalu berasa berat bernafas dan kalau tidur mengiring hidung mcm tersumbat sebelah .setiap kali bangun mulut dan tekak saya rasa sangat kering .ada kalanya saya terjaga kerana batuk rasa macam tersedak dan kering.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda lami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Post nasal drip
- Rhinitis alahan
- Radangan resdung
- Pembesaran amandel
- Penyakit gangguan tidur (OSA)
- Penyakit asid refluks (GERD)
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.